Saku dipenuhi: Menerima dana dari Najib adalah biasa, kata Shahrir Samad

Shahrir, dituduh oleh pemberi-maklumat laman web, Sarawak Report, yang dia menerima RM1 juta dari Najib, dan dia mengatakan menerima dana dari presiden parti adalah biasa. “Siapa lagi yang saya harus tanya untuk bantuan kewangan untuk perbelanjaan supaya boleh menjalankan operasi bahagian saya, jika bukan presiden parti,” katanya seperti dalam portal Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) – sebagai pengerusi kelab (Adakah anda terkejut?)

Ia juga dikatakan dalam repot yang sama bahawa Sharir telah menerima RM1 juta selepas PRU-13 dari akaun dana sampingan Najib, tapi Shahrir belum bagi penjelasan tentang ini lagi. Dikatakan lebih daripada USD650 juta (RM2 bilion) dipindahkan dari akaun AmPrivate Bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Kuala Lumpur ke akaun di Singapura selepas PRU.

PM ini adalah orang sama yang menyatakan matlamat Felda ditubuhkan adalah untuk “menghapuskan kemiskinan dikalangan peneroka, dan bukannya mewujudkan para eiltis yang kaya”, sebagai balasan kepada komen Tun Mahathir yang menyatakan Tun Abdul Razak telah salah semasa merumuskan skim tanah Felda dengan hanya memberi 10 ekar ( 4 hektar) tanah kepada peneroka.

Sedangkan Shahrir sibuk menebalkan sakunya, dia bersambung menjadi orang kuat Najib, dan mungkin dia tahu lebih banyak tentang pilihan raya yang akan datang dibandingkan dengan ahli politik yang lain…

Ahli blog Rocky Bru menjelaskan (dibawah) yang mengapa pilihan raya tidak akan berlaku sebelum Mei, berasaskan kebanyakan komen Sharir tidak terlalu lama sebelum ini.

Shahrir mengumumkan yang dia akan mengasaskan jawatankuasa siasatan untuk menbuat kajian semula undang-undang untuk audit forensik atas kontroversi Projek Menegak Kuala Lumpur (yang dia umumkan pada bulan Feb di sidang akhbar pada 10:45 malam) – ini akan memberi pengaruh kepada bila PRU-14 akan diadakan…terutamanya jawatankuasa memerlukan masa 3 bulan untuk menyiapkan kajian semula. Oleh itu, tidak mungkin untuk PRU berlaku lebih awal “Terlalu banyak untuk digadaikan pada masi ini, untuk PM mengumumkan tarikh pilihan raya, adalah penting supaya resolusi untuk kes Felda dicapai.” Hmmm….

Oh, dia juga baik hati sangat untuk menyatakan bahawa hanya ada masa yang singkat sebelum bulan Ramadan bermula berikut pendedahan penemuan. “PM sendiri juga memberi beberapa tanda yang pilihan raya akan diadakan sebelum Julai semasa mengagihkan surat kepada individu yang akan menunaikan haji (5 Februari, The Star).

“Sebelum kamu orang bertolak, iaitu selepas Hari Raya (Aidilfitri) dan lepas raya yang lain,” kata PM secara tersembunyi, ini menyebabkan semua yang hadir membuat kesimpulan yang raya “yang lain” adalah petunjuk kepada PRU-14.

Cerita yang lebih besar tentang kaitan langsung Shahrir yang kamu mungkin terlepas….PM telah meminta Shahrir supaya bertanding untuk menahan kerusinya di Johor Bahru pada PRU-14.

Jangan kita lupa yang Shahrir, semasa mengambil jawatan pengerusi dengan cepatnya menyatakan RM4.3 bilion yang tidak diambil kira dalam akaun Felda adalah salah pentadbiran Felda sebelum ini, tetapi penyataan dia ini tidak kekal untuk lama. Siapa tahu, mungkin dia ambil cek yang lebih besar untuk menukarkan penyataan dia kerana dia menafikan penyataan awal beliau yang dilaporkan. Shahrir telah mengambil keputusan untuk menyenaraikan semua pelaburan Felda yang terlalu mahal sebagai sebab kehilangan dana. Sekarang, Felda cuba menjual pelaburan it untuk kerugian, supaya dapat membiayai pinjaman dan hutang….dan juga kos pilihan raya yang menjelang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s