Apakah kesimpulan audit forensik dalam pelaburan Felda?

Dalam blog saya sebelum ini, saya telah menulis tentang pengumuman oleh Shahrir tentang pembentukan jawatankuasa penyiasatan untuk menjalankan “pemeriksaan dari segi undang-undang tentang audit forensik untuk projek yang kontroversial, Kuala Lumpur Vertical City (KLVC)”. Penyiasatan ini memerlukan masa 3 bulan untuk disiapkan – Saya terfikir, bagaimana perkembangan dalam penyiasatan itu.

Tahun 2017 pun telah berakhir dan tahun 2018 sudah bermula dan masalah pemindahan surat ikatan hak milik untuk tanah 16-hektar kepunyaan Felda (bangunan ibu pejabat lama Felda, Anjung Felda dan Wisma Felda) di Jalan Semarak, KL masih lagi belum selesai. Felda belum lagi mendapat apapun untuk pemindahan itu. Malah kerja-kerja pembinaan masih lagi bersambung di tanah itu.

Saya berharap setelah PM telah mengesyorkan bahawa tindakan akan diambil terhadap pihak yang terlibat dalam pemindahan hak milik tanah itu, jika apa-apa kecuaian dan salah laku terjadi. Saya juga rasa had masa perlu ditetapkan untuk penyiasatan ini yang harus diketuai oleh polis dan Jabatan Peguam Negara (bukah sahaja SPRM).

Pada pandapat saya, kami peneroka Felda dan rakyat awam ada hak untuk tahu apa yang telah berlaku, sebab Felda dibiayai oleh duit cukai rakyat dan peluh serta usaha para peneroka yang telah berkerjasama dan berkerja keras untuk lebih dari 30 tahun. Kita patut berwaspada kerana pelabur institusi asing, agensi-agensi pencegah rasuah dan agensi-agensi penyelia kredit sedang memerhati untuk melihat sama ada kerajaan kita benar-benar berusaha untuk mencegah rasuah dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Syarikat Berkaitan Kerajaan sedang mengikuti langkah yang baik dengan mengupah pekerja yang berbakat tinggi (tokoh-tokoh korporat, pekerja awam yang telah bersara dan lain-lain lagi), mereka ini ada banyak pengalaman daripada masa pekerjaan mereka, kepakaran dan rangkaian pengenalan untuk kerja ini. Penglibatan politik tidak dijadikan sebagai keperluan untuk mandapat kerja ini.

Soalan juta-ringgit (main kata-kata disengajakan) adalah, bagaimanakah tahun 2018 untuk Felda? Kami harapkan sekurang-kurangnya “pengemasan” Felda dilakukan dengan baik agar pihak-pihak yang bersalah boleh dikenakan hukuman disisi undang-undang dan kerugian wang dari penyalahgunaan kuasa ini boleh didapat balik. Tetapi adakah kita akan dapat kembai ke zaman kemegahan seperti suatu masa dahulu yang menjadi kebangaan kami iaitu warisan pusaka peneroka?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s