Felda bersedia untuk kepimpinan tempatan

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dr. M telah menyatakan tidak lama dahulu “Nasib peneroka Felda akan berlainan pada hari ini jika Felda diswastakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pada masa pelaksanaan Akta Perbadanan Malaysia. Disebabkan tawaran itu ditolak oleh Raja Alias (Pengerusi Felda pada masa itu), TNB pula diswastakan.

Perkara yang telah mendapat perhatian saya apabila menbaca berita, bukannya permainan politik dan tindak balas antara parti politik, yang menjadi kebiasaan semasa musim pilihan raya. Malah perkara yang tersirat adalah – Bayangkanlah kesudahan Felda jika ia diuruskan macam Khazanah – katakanlah sahaja sebagai hipotesis.

Saya berpendapat TNB dijalankan dengan lancar kerana diperhatikan dengan teliti disebabkan jenis perkhidmatan yang diberikan dan juga tanggungjawabnya sebagai syarikat swasta – ini adalah sebab TNB masih lagi berubah untuk meningkatkan tarafnya. Lebihan lagi TNB menumpukan perhatian untuk membangunkan negara.

Mungkinkah Felda pun boleh jadi macam itu jika diswastakan, jika ia ditadbir oleh orang yang tidak ada kaitan dengan politik?

Kami ada ramai orang yang boleh dipercayai untuk memimpin Felda di Malaysia selain daripada individu yang telah menyebabkan kami dalam kesulitan hari ini, lebihan lagi mereka yang bertanggungjawab atas apa yang telah berlaku belum dipertanggungjawabkan secara rasmi.

Sebaliknya….kami mungkin mempercayai Peter Sondakh dengan wang kami untuk menyelesaikan masalah Felda ini. Dia bukan rakyat Malaysia dan tidakpun bumiputera yang akan lebih bersyukur dan menghormati warisan Felda. Did tidak mementingkan masyarakat sendiri pun (inilah yang dikatakan oleh pihak dalam pasaran) dengan kelakuan perniagaan yang kurang bermoral, terlibat dalam isu-isu hak asasi manusia dan lain-lain lagi! Untuk merumuskan ini, “jenama” iaitu Peter Sondakh tidak dipandang dengan baik oleh pihak-pihak pasaran antarabangsa…ini akan menyebabkan lebih lagi kerumitan yang harus ditangani oleh Felda.

Saya tidak ada masalah dengan kaum-kaum lain, tetapi Peter bukan beragama Islam, dan tiada juga jodoh dari segi budaya untuk seorang asing supaya boleh memberi pengaruh dalam membuat keputusan penting tentang masa depan Felda.

Kami berharap pengumuman tentang kerjasama antara Felda dan Khazanah untuk mengasaskan Sekolah Amanah untuk anak-anak peneroka di seluruh negara akan memberi inspirasi kepada para peneroka untuk mencari pilihan kerjasama yang lain untuk Felda. Saya berkata sedemikian kerana peneroka Felda semuanya hanya tahu bahawa kerajaan dan agensi kerajaan lain yang hanya menjaga kepentingan hak mereka. Dengan kesalahan dalam pentadbiran Felda sampai sekarang, mungkin kerjasama awam-swasta seperti Sekolah Amanah (dibawah Yayasan Amir) iaitu sekolah rendah dan menengah yang dibina di kawasan Felda oleh Khazanah akan memberi peneroka pendapat yang lain. Kerjasama ini akan memberi kemampuan untuk mereka supaya ada hak bersuara yang lebih kuat untuk meminta perubahan dari mercu pentadbiran Felda.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s