Hubungan yang terikat: Felda dan 1MDB

Dalam hal mengenai janji yang tidak tertunai kepada masyarakat, kami senang lupa yang Felda adalah 100% kepunyaan kerajaan, Felda juga melalui agensi kerajaan memiliki 90% FGV.

Menurut ahli ekonomik yang terkemuka Jomo Kwame Sundram, skandal FGV adalah lebih besar daripada skandal 1MDB kerana akan menjejaskan lebih ramai orang. Peneroka Felda juga terlibat dalam saham FGV melalui penyenaraiannya, yang merupakan penyenarainan kedua terbesar didunia pada pertengahan tahun 2012. Tetapi disebabkan FGV mengalami kerugian yang banyak, kerajaan telah memberi peneroka Felda “bantuan” sebanyak RM 5,000 untuk kerja penanaman semula dan juga mengarahkan bank supaya melupakan semua hutang mereka, menurut Jomo.

Walaupun FGV bukan skandal antarabangsa untuk pencucian wang haram seperti 1MDB, tetapi ia melibatkan pengurusan wang yang tidak baik, melibatkan urusan yang kurang bermutu, cara hidup yang mewah dan baki bank persendirian yang besar oleh pengurusannya, ditambah pula dengan beberapa pegawai dan agensi yang terlibat dalam kedua-dua skandal – sukar untuk diabaikan.

1/5 daripada duit pergi terhadap bayaran berjumlah RM 15,000 kepada keluarga petani, untuk memujuk mereka untuk menyokong penyenaraian FGV. Sebelum itu, para petani berasa takut dan tidak mahu terlibat dalam saham FGV. Ini disebabkan warisan mereka mungkin terjejas. Mereka adalah para pekerja, macam ayah saya, tanah dan punca pendapatan mereka terikat kepada ladang mereka. Dengan harapan yang Felda akan menjaga kebajikan pekebun kecil, mereka mempercayai yang Felda tidak akan menyeret mereka kedalam kesulitan. Namun hakikatnya adalah kerisauan mereka sudah menjadi realiti.

‪Dibawah skim ini, setiap peneroka Felda dibenarkan mengambil pinjaman maksima RM 40,000 tanpa faedah untuk menaik tarafkan rumah mereka. Sekarang kita mula sedar bagaimana komuniti kita telah dihampakan.

Jadi, RM15,000 telah lama digunakan, dana untuk penanaman semula, hanya hampir-hampir dapat membayar untuk kos ini, dalam masa itu Felda telah membeli saham dalam EHP, tetapi tidak membantu peneroka kecil, Felda melupakan tanggungjawab untuk pembayaran sewa tanah yang bernilai RM 250 juta setahun, dan memulangkan keuntungan sebanyak 15%. Jika mereka ada RM2.3 bilion, mengapa Felda tidak mengunakan wang ini untuk membiayai kos kehidupan bulanan yang lebih dari RM1,500 sebulan yang diberi sekarang.

Jadi, dalam semua ini, apabila kena uruskan hutang pada umur yang tua seperti ayah saya, padahal dia sepatutnya menikmati hasil daripada kebunnya, tetapi sekarang masih lagi bekerja untuk manyara hidupnya.

Malangnya, ini adalah realiti ayah saya.

Skandal Felda yang mengegarkan kaum Melayu terbongkar

Semua orang pastinya mempunyai perkara yang menjengkelkan. Untuk saya perkara itu adalah maklumat yang tidak tepat atau perbincangan yang bersandarkan kepada khabar angin.

Saya pernah berbincang hangat bersama ibu bapa saya mengenai “kesetiaan mutlak” mereka kepada UMNO. Ketika saya berada di UK, saya dapat melihat banyak “janji kosong” mereka dan “kejayaan memajukan keperluan sosio-ekonomi orang Melayu”. Adakah kita benar-benar buta dan tidak sedarkan rompakan yang dilakukan oleh kerajaan, terhadap seluruh rakyatnya?

Membesar di Felda Maokil, saya sedar akan keadaan di negeri saya yang tidak menentu… sebagai seorang peneroka Felda yang masih terlibat dengan isu pemilikan tanah, di mana kerajaan negeri Johor masih berusaha menyelesaikannya (melalui beberapa “jawatankuasa khas”). Bagaimanakah saya serta beribu-ribu lagi orang lain boleh duduk diam sedangkan manfaat yang dijanjikan tidak ditunaikan dan bagi sesetengah orang, mereka telah kehilangan punca pendapatan?

Musim pilihanraya bakal menjelma tidak lama lagi, jika sekarang bukan masa untuk mencabar status quo, bila lagi?

Pembayaran lewat kepada peneroka, perumahan generasi kedua yang belum disiapkan, bonus tidak dibayar. Berdasarkan kajian Invoke Malaysia, ia mendapati bahawa hal ini telah membentuk ‘trend’ menurun terhadap sokongan kepada UMNO-BN, dengan majoriti kerusi Parlimen yang berkaitan dengan Felda menunjukkan penurunan biarpun mendapat undian setinggi 24% di Pekan, Pahang (kerusi Parlimen Najib).

Di Johor, kami nampaknya tidak begitu terpengaruh berdasarkan apa yang dipaparkan melalui berita. Undi semasa PRU13 untuk UMNO-BN adalah 59-97% di daerah-daerah Felda. Di Johor, Negeri Sembilan dan Pahang (meliputi 80% kawasan pekebun Felda), undian tertinggi adalah daripada pengundi warga tua di Johor – 86% (sudah tentu termasuk ibu bapa saya). Walau bagaimanapun, jumlah pengundi muda lebih rendah di Pahang – 63%.

Realitinya adalah Felda Global Ventures diuruskan sepenuhnya oleh ahli politik, penjawat awam atau mereka yang ada di bawah pejabat Perdana Menteri sendiri dan seperti 1MDB, keputusan Felda, anak-anak syarikatnya dan usahasama pastinya dikawal oleh Perdana Menteri / Menteri Kewangan. Bolehkah kami menerima prestasi dan tawaran yang kurang baik seperti di bawah? Bolehkah kami menggunakan hak untuk mengundi pihak yang benar dan terus berjuang untuk apa yang betul.  Sebuah kerajaan yang tidak korup seperti hari ini:

  • Perjanjian Safitex-Delima Oil – hutang Safitex sebanyak USD8.3 juta kepada FGV Delima Oil dibenarkan meningkat kepada USD11.7 juta.
  • Perjanjian Eagle High Plantations – yang secara kebetulan telah didedahkan kepada orang awam selepas perselisihan antara Zakaria dan Isa.
  • 6ha tanah prima di Jalan Semarak dijual dengan harga RM270 juta kepada sebuah syarikat yang juga diberi kuasa untuk membangunkan tanah itu – Felda tidak menerima satu sen pun.

Saya tidak akan mudah terpedaya dengan peruntukan Bajet 2018 untuk peneroka Felda. Petikan dari Suara Generasi Ke-2 Felda (SGK2F) dalam satu artikel New Straits Times mengatakan bahawa “mereka menyambut baik sikap murah hati kerajaan dalam menjaga kebajikan para peneroka, yang menunjukkan bahawa kerajaan prihatin terhadap kebajikan rakyat” dan “bahawa kita benar-benar mengalu-alukan (manfaat) dan sangat menghargainya” tiada makna kerana kerajaan yang menimbulkan penderitaan yang sedang dialami oleh rakyat ketika ini.