Isu tanah yang membazir RM200 juta wang Felda Investment Corp (FIC)

Sejak menjadi ahli Lembaga Felda, Tan Sri Shahrir Samad bertekad untuk membimbing organisasi yang “telus”. Dia meminta semua ahli lembaga pengarah Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) meletak jawatan untuk memudahkan penyusunan semula syarikat tersebut.

Masih tiada penjelasan lanjut mengenai perjanjian EHP sejak Ogos 2017. Tapi banyak lagi skandal seperti “pelaburan” dan korupsi yang melibatkan FIC, seperti di bawah:

1. FIC terlibat dalam perjanjian tanah yang amat meragukan dan telah menyebabkan Felda kehilangan RM200 juta, berdasarkan nilai tanah yang dipindah milik kepada Synergy Promenade Sdn Bhd (syarikat pemaju tanah) pada 2015. Lokasi tanah tersebut adalah di Jalan Semarak (KL). Hal pindah milik tanah ini telah ditemui pada Januari 2017 apabila Shahrir mengambil alih daripada bekas pengerusi Felda dan FIC, Tan Sri Isa Samad. Tan Sri Isa merupakan pengerusi Felda dan pengerusi FIC pada masa perjanjian itu ditandatangani. Shahrir berkata pada akhir tahun 2017, siasatan akan dijalankan oleh pihak ketiga, yang akan dilantik oleh Jabatan Perdana Menteri.

2. Pada bulan Ogos 2016, MACC menahan Isa atas siasatan rasuah di atas pembelian dua hotel di London dan Kuching di antara tahun 2013 dan 2015 oleh FIC. Harga yang dibayar dikatakan melebihi nilai pasaran.Walau bagaimanapun, sehingga hari ini tiada keputusan dibuat mengenai kes ini.

FIC juga dilaporkan terlibat dalam usaha internet ‘broadband’. Tan Sri Shahrir pun terkejut….

3.  Tetapi MACC masih tidak menemui sebarang kesalahan dan tiada sesiapa yang dihukum walaupun kes-kes adalah kes penipuan yang jelas.

Makin lama makin jelas bahawa Felda tidak mempunyai lembaga dan pengurusan yang baik. Sebelum Felda (ataupun FGV) dijual kepada orang asing, harap-harap seorang ahli bisnes Melayu atau Bumiputera dapat menyelamatkan Felda.