Sedikit sejarah mengenai urusan Peter Sondakh di Malaysia

Saya rasa tibalah masa kami tahu siapa sebenarnya Peter Sondakh. Ah! Minta maaf…Tan Sri Peter Sondakh – gelaran yang telah diberikan kepadanya pada tahun 2009. Dia telah dikatakan bernilai US$ 2.3 bilion, dan telah menjadi, antara lain penasihat dan penyimpan rahsia untuk PM dalam banyak perkara perniagaan di Indonesia. Marilah kita melihat hubungan Peter dengan Malaysia….

Pada tahun 2005, dia telah menjual sahamnya dalam sebuah syarikat telekomunikasi, Excelcomindo Pratama kepada Telekom Malaysia Bhd untuk hampir US$ 400 juta, ini menggerakkannya ke dalam senarai orang kaya Forbes. Seorang kuat beragama Kristian ada pelbagai perniagaan dari masa Sukarno lagi dan pada hari ini adalah kawan dengan ramai bekas pemimpin dan pemimpin semasa di sekitar rantau ini.

Kumpulan Rajawali, syarikat Peter ada aktiviti dalam bidang hotel seperti Westin Hotel Resort and Spa Langkawi and Hotel St Regis Langkawi. St Regis Langkawi adalah usaha sama dengan Kementerian Kewangan, dan tidaklah syak lagi menunjukkan perhubungan rapat dia dengan Najib, yang merupakan kedua-dua PM dan Menteri Kewangan Malaysia. Semua aset dibeli dari Khazanah atau dibina dengan Khazanah, dibiayai di Malaysia.  Lebih-lebih lagi, Najib dan keluarganya telah dijemput oleh Peter ke St Regis di Langkawi pada cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini.

Apa yang menarik adalah Peter membeli asset hotel sebaik sahaja menyelesaikan urus niaganya dengan Telekom Malaysia, jadi dia menjual asetnya ke Khazanah, dan dengan senyap membeli sedikit asset Khazanah…Mungkin ini adalah strategi dia dengan Eagle High kerana dia lebih sukakan pulangan pendapatan dari pelaburannya di Malaysia. Dia menjual pelaburan yang tidak berjalan dengan baik di Indonesia atau sebelum hasil kekayaan boleh dilihat, dan dengan cepat melaburkan duit dalam perniagaan yang pasti akan memberikan keuntungan kepadanya di Malaysia?

Saham Eagle High adalah kurang dari setengah dari harga yang Felda membelinya, nampaknya Felda menjamin keluar Peter punya perniagaan yang pasti akan gagal disebabkan amalan minyak sawit yang tidak dijalankan dengan baik. Syarikat, itu tidak ada RSPO, ISPO dan ada banyak amalan busines yang diragui, semua in telah didokumenkan. Apakah yang akan jadi kepda Eagle High yang telah merekod kerugian untuk beberapa tahun yang lepas, apabila peraturan Kesatuan Europa yang HANYA membenarkan pengimportan minyak kelapa sawit yang tidak menjejaskan alam sekitar (lepas tahun 2020)?

Sekarang, ada orang mengatakan bahawa FGV/Felda akan dijual kepada Peter Sondakh. Mengapa kepada orang asing Kristian ini? Tiada ‘businessman’  Melayu atau Bumiputera yang mampu menolong FGV/Felda yang kebanyakkan peneroka adalah Melayu Islam?