Isu tanah yang membazir RM200 juta wang Felda Investment Corp (FIC)

Sejak menjadi ahli Lembaga Felda, Tan Sri Shahrir Samad bertekad untuk membimbing organisasi yang “telus”. Dia meminta semua ahli lembaga pengarah Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) meletak jawatan untuk memudahkan penyusunan semula syarikat tersebut.

Masih tiada penjelasan lanjut mengenai perjanjian EHP sejak Ogos 2017. Tapi banyak lagi skandal seperti “pelaburan” dan korupsi yang melibatkan FIC, seperti di bawah:

1. FIC terlibat dalam perjanjian tanah yang amat meragukan dan telah menyebabkan Felda kehilangan RM200 juta, berdasarkan nilai tanah yang dipindah milik kepada Synergy Promenade Sdn Bhd (syarikat pemaju tanah) pada 2015. Lokasi tanah tersebut adalah di Jalan Semarak (KL). Hal pindah milik tanah ini telah ditemui pada Januari 2017 apabila Shahrir mengambil alih daripada bekas pengerusi Felda dan FIC, Tan Sri Isa Samad. Tan Sri Isa merupakan pengerusi Felda dan pengerusi FIC pada masa perjanjian itu ditandatangani. Shahrir berkata pada akhir tahun 2017, siasatan akan dijalankan oleh pihak ketiga, yang akan dilantik oleh Jabatan Perdana Menteri.

2. Pada bulan Ogos 2016, MACC menahan Isa atas siasatan rasuah di atas pembelian dua hotel di London dan Kuching di antara tahun 2013 dan 2015 oleh FIC. Harga yang dibayar dikatakan melebihi nilai pasaran.Walau bagaimanapun, sehingga hari ini tiada keputusan dibuat mengenai kes ini.

FIC juga dilaporkan terlibat dalam usaha internet ‘broadband’. Tan Sri Shahrir pun terkejut….

3.  Tetapi MACC masih tidak menemui sebarang kesalahan dan tiada sesiapa yang dihukum walaupun kes-kes adalah kes penipuan yang jelas.

Makin lama makin jelas bahawa Felda tidak mempunyai lembaga dan pengurusan yang baik. Sebelum Felda (ataupun FGV) dijual kepada orang asing, harap-harap seorang ahli bisnes Melayu atau Bumiputera dapat menyelamatkan Felda.

Projek perumahan untuk generasi kedua peneroka Felda – satu lagi janji yang tidak ditepati

Kisah ini akan menyedihkan hati. Saya memerhati ayah dan rakan-rakannya masih bersusah untuk dapatkan apa yang dihutangkan kepada mereka.

Kawan baik Isa Samad, Dato’ Rais Zainuddin, yang telah diberikan projek ini supaya memastikan kejayaan projek ini, tetapi dia didapati membelanjakan RM 1.4 bilion untuk membina berberapa rumah sahaja, dan lepas itu mengatakan dana untuk projek ini telah habis.

Mengapa dia diberikan projek ini? Siapa yang tahu, tapi apa yang telah jadi kepada kontrak ini? Inilah orang yang telah dipuji dengan banyak dan menyakinkan FGV supaya melabur hampir RM110 juta dalam projek yang telah gagal, FGV Cambridge Nanosystems (FGV-CNL) yang terakhirnya telah dijual. Projek ini telah rugi sebanyak RM 117 juta dalam masa 3 tahun!

Dalam bajet 2018, PM kita, telah mengumumkan pembinaan 5,000 unit rumah, dan ini tidak meyakinkan kami langsung pun. Projek ini tersekat dari tahun 2012, dan ini menyebabkan ANAK bertanya soalan logik: Adakan pengumuman projek pembinaan 5,000 unit rumah, untuk kos RM 164 juta, projek baru ataupun projek sama yang masih tersekat dari tahun 2012?

Adalah dijadualkan supaya 300 unit rumah dibinakan di Besut, Terengganu; Chini Timur 2, Pahang; and Tenggaroh, Johor.

Ini adalah sama dengan skim penanaman semula kelapa sawit yang telah diumumkan. Sebenarnya upah perkerjaan telah dipotong sebanyak RM 119 untuk program penanaman semula.

Seorang lagi dari atas yang hendak inisiatif perumahan ini dilihat bagaikan sesuatu yang baru, tetapi ia adalah janji lama yang belum ditunaikan. Sekurang-kurangnya untuk ayah saya.

Saya sangat keliru, mengapa lembaga FGV sebegini? Tidakkah mereka tahu bahawa syarikat seperti FGV yang membuat urusan sebegini perlu diselamatkan tidak lama lagi? Siapa pula yang akan selamatkan FGV?

Harap-harap orang Melayu dan bukan orang asing.