Tentang Saya

 

Panggil saya nana, Siti Norhana hanya nama formal untuk firma guaman saya bekerja.

Saya yang berusia 32 tahun, seorang ibu kepada anak perempuan yang comel dan petah bercakap berusia 2 tahun, dan juga isteri kepada seorang suami yang mempunyai paras rupa menarik serta penyayang yang menceburi bidang industri pembinaan. Saya kembali ke Malaysia pada tahun 2011 setelah belajar dan bekerja dalam tempoh yang singkat di UK, dan juga seorang berkelulusan sarjana FELDA dari Muar, Johor. Saya suka menyinggah ditempat-tempat makan menjual makanan tempatan, lepak bersama rakan-rakan wanita lain dan bercuti (setelah sekian lama tidak berbuat demikian kerana kehadiran anak perempuan kecil)

Blogspot saya adalah dari renungan dan pandangan mengenai isu-isu di Malaysia. Sebagai anak watan, saya percaya, perubahan di dalam negera ini hanya boleh berlaku di atas masyarakat yang prihatin terhadap perkembangan, dengan itu saya perlu faham dengan fakta sebenar serta menjalankan peranan untuk berkongsi informasi secara berhemah – disebalik ‘berita-berita palsu!’. Bicara sebagai seorang peguam, sudah tentu!